Monday, 18 March 2013

Asal Usul Nama Terengganu



Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas. Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’ sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa di antara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.

Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi. Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang. Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).

Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".

Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’. Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".

No comments:

Post a Comment