Monday, 18 March 2013

Dataran Shahbandar

Kali ni FF nak kongsikan tempat menarik iaitu Dataran Shahbandar. Kalo dah alang-alang nak pergi ke pasar Payang tu apakata korang singgah ke Dataran Shahbandar kejap. Ala dekat jew, jalan kaki jew. Tempat ni bertentangan dengan Istana Maziah. Jom Layan gambar dulu, kita tengok apa yang ada kat sini ye

dataran shahbandar
Pintu gerbang Dataran Shahbandar. Takleh ambik pic depan kekgi kena langgar dengan kereta kan...
dataran shahbandar
Apa ni? nak tahu jon tengok maklumat kat bawah
dataran shahbandar
Haa ni la bikon Taman Shahbandar nih.....rumah api la niii
dataran shahbandar
Ada kolam tapi air takde....mungkin tengah nak bersih kolam kott.....
dataran shahbandar
Cantik kan Rumah nim...siap ada tanam pokok orkid lagi
dataran shahbandar
Ni yew jugak...pintu depan tapi rumah apa nim???
dataran shahbandar
Sekali Tandas daaa........Oooo Tandas Eksklusif patut la cantik, ada sape2 nak guna silalah, xde la mahal sangat rm1.00 jew. Kalo ada anak kecil tu siap ada ruang tukar lampin je bukan kongsi tau tapi setiap sorang. Kira Tandas ni besar la ada semua kat dalam leh r 'sumbat' anak-anak sekali kalo takut hilang kalo letak kat luar tu. Maaf la gambar dalam tandas xde pasal xrasa nk guna pun ari tu..Nak tau korang masuk la sendiri.

dataran shahbandar
Lagi sekali gambar malas na ambik dekat. Huhuuu...Nampak tak yang ada atap-atap tu...tuuu tempat kalo korang nak rehat dan bersantai kat sinim.... Biasa kat sinim selalu ada gerai jualan dan karnival, so lepas penat beli belah tu leh r lepak sini.
dataran shahbandar
Kat sinim malam-malam pun meriah sebab ada skrin besar lebih-lebih lagi kalo ada game bolasepak memang meriah giler r....Kalo xleh masuk stadium pom dah puashati sebab dah rasa macam stadium.Hihihiiii

Taman Awam Batu Burok


Haaa baru nim FF dah ceritee pasal keiindahan Pantai Batu Burok. Hari nim FF nk bagitau tentang Taman Awam Batu Burok lak. Kenapa nk asingkan? haha saje jee...walupun kalo dikirakan Pantai Batu Burok tu pom disediakan taman awam. Takpe la kann..... kalo korang nk datang ke Pantai Batu Burok tu, bukan saje boleh menikmati keindahan pantai tapi boleh jugak menggunakan kemudahan awam yang lain seperti gambar yang FF postkan kat bawah nim...so korang layan je la, cite banyak pom xguna...layannnn

taman awam batu burok
Tiang bendera...bikon Taman Awam kat sini


taman awam batu burok
Kalo korang datang sini boleh la cuba naik kereta kuda nim atau naik kuda sahaja pun disediakan disini.
























































taman awam batu burok
Kalo bawa kanak-kanak boleh la datang ke taman permainan nim, Kalo korang nak tahu kat sini ada CCTV untuk keselamatan kanak-kanak disini.
taman awam batu burok
Ni Taman Rekreasi Batu Burok
taman awam batu burok
Macam-macam korang boleh buat kat sini terutamanya kalo nk jogging kew, main bola sepak ke
taman awam batu burok
Kalo nak warm up je, boleh la guna  alatan kat sini, xyah gi gimnasium, percuma je ni yew
taman awam batu burok
Kalo lapar, leh r ke kedai, banyak kat sini. Pagi sampai ke malam kedai ni buka tapi maaf la ambik gambar dari jauh jew, zoom xcantik lak.maklum la kamera murah je xleh zomm.banyak-banyak. huhuhhu

Asal Usul Nama Terengganu



Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas. Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’ sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa di antara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.

Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi. Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang. Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).

Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".

Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’. Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO. Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".

Saturday, 16 March 2013

Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok berada di daerah Kuala Terengganu. Mula mendapat nama kerana mengikut sejarah berada dikawasan pantai yang terdapat batu bermula semenjak tahun 1940-an lagi, ketika itu sekumpulan pekerja buruh ( tukang rumah ) berasal dari luar negeri Terengganu telah mengembara dan singgah untuk berehat di kawasan pantai dimana terletaknya segerompolan batu yang timbul didalam laut bertentangan dengan tempat mereka berehat,dengan keadaan batu tersebut seperti sebuah pulau yang kecil dan amat buruk.

Dari jauh kelihatan laut yang membiru..chewahh



Ermm tak tau nk taip apa..layan je la gambar nim....

Pokok Rhu yang turut ditanam
Menara Tinjau yang disediakan disini, kalo nk tengok pantai dengan saujana mata memandang

Kat sini memang sesuai tuk bermain layang-layang. Tengok tuuu...banyak layang-layang dijual kat sini.

Petang yang mendamaikan jiwa

Pantai yang memutih..saujana mata memandang

Tapi maaf yew..leh tengok je...kat sini dilarang mandi, atas faktor keselamatan...kalo nak mandi jugak risiko tanggung sendiri, jangan kata FF tak bagi amaran.


Istana Maziah


Salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu ialah Istana Maziah. Lokasi tempat ini hanyalah 220m sahaja dengan sungai Kuala Terengganu dan berhampiran dengan Bukit Puteri. Istana ini merupakan tempat upacara rasmi negeri seperti pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, sambutan menyambut pembesar utama dan yang berkaitan. Ermm jom kite layan beberapa keping gambar ni...

Ini pintu gerbang untuk menuju ke Istana Maziah.....
                                                         
Ni  pulak pintu masuk ke Istana Maziah..Tapi.....maaf la xleh masuk. huhu

  Boleh ambil gambar kat luar je.
                                                                         
Tapi xpelah....kat luar kawasan ni ada taman yang cantik sangat bagi suka ambik gambar macam FF ni.hihihi
 

Tu dulu ada air pancut, sekarang dah rosak kot..ke xbuke erk...
                                                                
  Cantik kan landskap nim.. 
                                                                 
Laluan yang dipenuhi pokok.Rasa macam nak wak macam ni je kat rumah
                             
Nampak tak rumah api kat atas Bukit Puteri tu. Dekat je kan tapi kalo nak naik kena ikut bazar warisan kat depan Kedai Payang tu yeee..